26 November 2009

Talqin 2

Video bawah ni agk lame..lebih krg 10 minit..Sediakan mental korang tok tunggu dia buffer..haha..btw enjoy the barzakh..!

Bismillahirrahmanirrahim

Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Dan bahawasanya kamu akan disempurnakan pahalamu dihari kiamat. Lalu siapa sahaja yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Itulah orang yang beruntung. Tidak ada kehidupan dunia kecuali kesenangan yang menipu. Wahai Hamba Allah, ingatlah janji yang kamu keluar atasnya dari dunia hingga akhirat, iaitu persaksian tiada tuhan yang lain kecuali Allah dan Muhammad s.a.w rasulNya. Dan bahawasanya mati adalah benar, alam kubur adalah benar, kenikmatan dan seksa didalamnya adalah benar, pertanyaan malaikat munkar dan nakir adalah benar, kebangkita darinya adalah benar, Perhitungan yakni hisab adalah beanr, syafaat Nabi Muhammad s.a.w adalah benar, syurga dan neraka adalah beanr, pertemuaan dengan Allah dengan ahliNya adalah benar. Bahasanya Allah telah membangkitkan orang2 ahli kubur. Sekarang kamu berada di alam barzakh. Alam di antara dunia dan akhirat. Maka ketika dua malaikat Munkar dan Nakir yang ditugaskan oleh Allah mengunjungi kamu, janganlah kamu menjadi terkejut ataupun gentar kerana keduanya adalah makhluk biasa seperti kamu dari sekian banyak makhluk-makhluk Allah. Ketika mereka berdua bertanya kepadaMu. Siapakah Tuhan mu? Siapakah Nabi mu? Apakah agama mu? Apa kiblat mu? Dan apa pula pemimpin mu? Dan siapakah saudaramu? Maka jawablah dengan tegas dan jelas serta meyakinkan. Allah adalah Tuhanku. Muhammad adalah nabiku. Islam adalah agamaku. Kaabah adalah kiblatku. Kitab al-Quran adalah pemimpinku. Dan kaum muslimin muslimat mukminin dan mukminat adalah saudara-saudaraku serta dihidupkan kembali. InsyaAllah kamu termasuk orang-orang yang aman, selamat. Dan semoga Allah mengukuhkan kamu dalam ucapan yang tetap : Ash hadu alla ila ha illallah wa ash hadu anna muhammadar rasulullah. Allah mengukuhkan orang2 yang beiman dengan ucapan yang kukuh ; Ash hadu alla ila ha illallah wa ash hadu anna muhammadar rasulullah di dunia dan akhirat.

Auzubillahi minasy syaitanir rajim..

Wahai jiwa yang tenang! Pulanglah ke hadrat Tuhanmu dalam keadaan gembira dan diredhai. Masuklah dalam jemaah hamba2ku dan masuk pula ke dalam syurgaku.


0 comments: